Sunday, 11 December 2011

Kekuatan & Kestabilan Struktur

Matapelajaran: Sains Tahun 5
Tema: Menyiasat Dunia Teknologi
Topik: Kekuatan dan Kestabilan Struktur

Objektif pembelajaran:
Di akhir pembelajaran murid akan dapat
  1. Mengetahui bentuk-bentuk objek dalam struktur
  2. Memahami kekuatan dan kestabilan dalam struktur




Bentuk objek dalam Struktur

Apakah bentuk objek yang terdapat disekeliling kita?
  • Binaan dibina berdasarkan beberapa bentuk asas. Antara bentuk asas ialah






  • Berikut merupakan contoh binaan dengan bentuk-bentuk yang berbeza.


*
Bangunan KLCC (kon)
*
Bangunan Komtar Pulau Pinang
(silinder)
*
Bangunan Parlimen KL
(kuboid)
*
Menara  Pisa
*
Piramid Mesir (Piramid)
*
Iglu ( hemisfera )






KEKUATAN DAN KESTABILAN STRUKTUR


DIFINISI KEKUATAN STRUKTUR :
  • Keupayaan struktur untuk Manahan daya yang bertindak ke atasnya.
  • Struktur yang kuat dapat menampung beban yang berat dan tidak mudah retak, pecah, patah atau runtuh.
  • Kekuatan bergantung kepada

  1. Jenis bahan yang digunakan
  • Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza. Contohnya, binaan daripada konkrit lebih kuat berbanding dengan kayu.






Rumah banglo ( bahan binaan : konkrit)





Rumah kayu ( bahan binaan : kayu )
  
  1. Saiz struktur
  • Saiz struktur mestilah sepadan dengan beban yang ditanggungnya

  1. Bentuk struktur
  • Struktur yang melengkung lebih kuat daripada bentuk struktur yang rata







Jambatan



Terowong


Gambar : Jambatan dan Terowong antara struktur yang dibina secara melengkung supaya lebih  kuat






KESTABILAN STRUKTUR


DIFINISI KESTABILAN STRUKTUR :
  • Struktur yang tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya ke atasnya
  • Kestabilan sesuatu objek bergantung kepada
  1. Luas tapak
  2. Ketinggian

  • Struktur lebih stabil sekiranya mempunyai luas tapak yang lebih besar





Basikal beroda tiga


Basikal beroda dua



Gambar : Basikal beroda tiga lebih stabil berbanding basikal beroda dua kerana basikal beroda tiga mempunyai luas tapak yang lebih luas berbanding basikal beroda dua


  • Struktur juga lebih stabil sekiranya lebih rendah



Bas dua tingkat


Bas setingkat


  • Objek yang lebih rendah adalah lebih stabil dibandingkan dengan objek yang lebih tinggi sekiranya luas tapak objek adalah sama

Pengajaran Makro

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 5




Kelas : 5 Yakin
Masa : 8.10 – 8.40 pagi  (30 minit)
Bilangan murid : 43 orang
Matapelajaran : Sains Tahun 5
Tema : Menyiasat Alam Bahan
Hasil pembelajaran : Mengetahui faktor yang mempangaruhi kestabilan struktur
Objektif pembelajaran :

a.  Mata pelajaran - Di akhir pembelajaran murid dapat menyatakan 2 faktor yang mempengaruhi kestabilan.
b.    Kemahiran Saintifik - Murid dapat membuat pemerhatian dan menyatakan 3 pembolehubah dengan tepat berdasarkan ujikaji yang dijalankan.
c.  Kemahiran Manipulatif Sains - Murid dapat menjalankan ujikaji mudah menunjukkan ketinggian mempengaruhi kestabilan sesuatu bahan.

Pengetahuan Sedia Ada Murid :
  1. Murid pernah berjalan dengan menggunakan sebelah kaki dan dapat merasakan bahawa kestabilan badan menjadi kurang.
  2. Murid pernah menaiki kereta dan bas.

Bahan Bantu Mengajar :
Carta, kad imbasan, kad bergambar, kad tugasan, alatan ( botol air, bekas makanan, pensel, marker pen, gelang getah, silinder penyukat  dan  papan nipis) dan lembaran kerja.





Langkah / masa

Isi pelajaran

Aktiviti / Kaedah penyampaian

Catatan

Permulaan
( 1 minit )

Memahami keadaan murid dan memastikan murid bersedia.

  • Guru masuk ke kelas, memberi ucapan salam dan murid menjawab salam.
  • Guru bertanyakan tentang keadaan murid-murid pada hari ini dan  meminta semua murid bersedia untuk memulakan pelajaran.

Nilai:
Kasih sayang
prihatin

Set Induksi
( 4 minit )

Pengetahuan sedia ada murid.

Kestabilan- berdasarkan keluasan tapak.

Menyatakan maksud kestabilan – tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya

  • Guru memanggil dua orang murid untuk melakukan sedikit aktiviti di hadapan kelas.
  • Seorang murid dikehendaki berdiri dengan sebelah kaki dan seorang lagi berdiri dengan dua belah kaki.
  • Guru akan menolak murid untuk menguji kestabilan murid tersebut.
  • Guru bersoal jawab dengan murid tentang pemerhatian yang boleh dibuat berdasarkan aktiviti rakan mereka tadi.
  • Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini dan menyatakan maksud kestabilan.

Kaedah:
Simulasi

Teknik:
Soal jawab dan perbincangan

BBM:
2 orang murid
KPS: memerhati
Nilai: berani, sedia membantu, kerjasama

Pencetusan Idea
( 5 minit )

Memperihalkan faktor yang mempengaruhi kestabilan:
  • Luas tapak
  • ketinggian

  • Guru menunjukkan 2 gambar yang berbeza dan meminta murid menyatakan perbezaan  di antara gambar tersebut.
  • Murid dikehendaki meramal gambar mana yang mempunyai lebih kestabilan dan menyatakan inferens bagi jawapan yang diberikan.
  • Murid menampal gambar di jadual yang disediakan oleh guru dipapan putih.
  • Guru meminta murid menyatakan 2 faktor yang mempengaruhi kestabilan berdasarkan 2 situasi yang diberikan .
  • Guru memberikan bimbingan kepada murid dan menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan faktor yang mempengaruhi kestabilan.

Kaedah: perbincangan

Teknik:
Soal jawab

BBM:
Kad bergambar
Carta

KPS:
Meramal
Membuat inferens

Nilai:
Berani mencuba




Penstrukturan Semula Idea
( 10 minit )

Ujikaji:
Kestabilan dipengaruhi oleh keluasan tapak

  • Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk menjalankan ujikaji.
  • Setiap kumpulan diberikan kad tugasan dan ketua setiap kumpulan diminta untuk mengambil bahan/objek yang telah disediakan oleh guru.
  • Murid menjalankan ujikaji dengan bimbingan guru untuk menguji kestabilan berdasarkan faktor keluasan tapak dan ketinggian.
  • Murid dikehendaki mencatatkan pemerhatian mereka dalam borang yang disediakan.
  • Setiap wakil kumpulan akan membuat pembentangan tentang hasil pemerhatian mereka dihadapan kelas.

Kaedah:
Ujikaji

Teknik:
Soal jawab
Pembentangan

BBM:
Kad tugasan
Sekeping papan nipis
Pensil
Marker pen
Botol air
Bekas makanan

KPS: Mengeksperimen
pemerhatian

KMS: Mengendalikan peralatan dengan betul
Nilai: Jujur

Aplikasi idea

( 8 minit )

Mengenalpasti pembolehubah:
- pembolehubah  dimanipulasi
- pembolehubah bergerak balas
- Pembolehubah dimalarkan

Permainan:
Menaiki basikal beroda 1

  • Guru memberikan lembaran kerja yang berkaitan tentang faktor kestabilan.
  • Mencari jawapan dan membuat perbincangan bersama. Guru memberikan bimbingan untuk mengenal pasti pemboleh ubah dalam soalan yang diberikan.
  • Murid diminta menyenaraikan beberapa benda dan situasi yang menggunakan aplikasi kestabilan.

Contohnya:
  1. Basikal roda 1 dan roda 3.
  2. Bayi yang masih merangkak

  • Guru menunjukkan sebuah basikal roda 1 dan meminta murid mencuba menaiki basikal tersebut tanpa jatuh. Murid yang berjaya akan diberikan ganjaran.
  • Guru memberikan peneguhan berdasarkan kebolehan murid menunggang basikal roda 1 tersebut.


Kaedah:
Soal jawab
Permaianan

Tenik:
Perbincangan


BBM:
Lembaran kerja
Basikal roda 1

KPS:
Mengawal pembolehubah

Nilai:
Berani mencuba
Kerjasama

Refleksi

( 2 minit )

Membuat rumusan

  • Murid membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.
  • Murid menyatakan  2 faktor kestabilan.
  • Guru memberikan bimbingan untuk memantapkan pemahaman murid tentang isi pelajaran pada hari ini.
  • Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai tugasan di rumah.

Kaedah:
Soal jawab

Nilai:  Teliti ,Tekun

ABM:
Lembaran kerja