Rancangan Mengajar


PENGAJARAN MAKRO
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 5

Kelas                                     :               5 Yakin
Masa                                     :               8.10 – 8.40 pagi  (30 minit)
Bilangan murid                  :               43 orang
Matapelajaran                  :               Sains Tahun 5
Tema                                     :               Menyiasat Alam Bahan
Hasil pembelajaran         :               Mengetahui faktor yang mempangaruhi kestabilan struktur
Objektif pembelajaran  :
a.  Mata pelajaran - Di akhir pembelajaran murid dapat menyatakan 2 faktor yang mempengaruhi kestabilan.
b.    Kemahiran Saintifik - Murid dapat membuat pemerhatian dan menyatakan 3 pembolehubah dengan tepat berdasarkan ujikaji yang dijalankan.
c.  Kemahiran Manipulatif Sains - Murid dapat menjalankan ujikaji mudah menunjukkan ketinggian mempengaruhi kestabilan sesuatu bahan.
Pengetahuan Sedia Ada Murid :
a.       Murid pernah berjalan dengan menggunakan sebelah kaki dan dapat merasakan bahawa kestabilan badan menjadi kurang.
b.      Murid pernah menaiki kereta dan bas.

Bahan Bantu Mengajar  :
Carta, kad imbasan, kad bergambar, kad tugasan, alatan ( botol air, bekas makanan, pensel, marker pen, gelang getah, silinder penyukat  dan  papan nipis) dan lembaran kerja.





Langkah / masa


Isi pelajaran

Aktiviti / Kaedah penyampaian

Catatan

Permulaan
( 1 minit )

Memahami keadaan murid dan memastikan murid bersedia.

-          Guru masuk ke kelas, memberi ucapan salam dan murid menjawab salam.
-          Guru bertanyakan tentang keadaan murid-murid pada hari ini dan  meminta semua murid bersedia untuk memulakan pelajaran.


Nilai:
Kasih sayang
prihatin

Set Induksi
( 4 minit )

Pengetahuan sedia ada murid.

Kestabilan- berdasarkan keluasan tapak.

Menyatakan maksud kestabilan – tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya

-          Guru memanggil dua orang murid untuk melakukan sedikit aktiviti di hadapan kelas.
-          Seorang murid dikehendaki berdiri dengan sebelah kaki dan seorang lagi berdiri dengan dua belah kaki.
-          Guru akan menolak murid untuk menguji kestabilan murid tersebut.
-          Guru bersoal jawab dengan murid tentang pemerhatian yang boleh dibuat berdasarkan aktiviti rakan mereka tadi.
-          Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini dan menyatakan maksud kestabilan.


 Kaedah:
Simulasi

Teknik:
Soal jawab dan perbincangan

BBM:
2 orang murid

KPS: memerhati
Nilai: berani, sedia membantu, kerjasama


Pencetusan Idea
( 5 minit )

Memperihalkan faktor yang mempengaruhi kestabilan:
-          Luas tapak
-          ketinggian


-          Guru menunjukkan 2 gambar yang berbeza dan meminta murid menyatakan perbezaan  di antara gambar tersebut.
-          Murid dikehendaki meramal gambar mana yang mempunyai lebih kestabilan dan menyatakan inferens bagi jawapan yang diberikan.
-          Murid menampal gambar di jadual yang disediakan oleh guru dipapan putih.
-          Guru meminta murid menyatakan 2 faktor yang mempengaruhi kestabilan berdasarkan 2 situasi yang diberikan .
-          Guru memberikan bimbingan kepada murid dan menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan faktor yang mempengaruhi kestabilan.

Kaedah: perbincangan

Teknik:
Soal jawab

BBM:
Kad bergambar
Carta

KPS:
Meramal
Membuat inferens

Nilai:
Berani mencuba





Penstrukturan Semula Idea
( 10 minit )

Ujikaji:
Kestabilan dipengaruhi oleh keluasan tapak

-          Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk menjalankan ujikaji.
-          Setiap kumpulan diberikan kad tugasan dan ketua setiap kumpulan diminta untuk mengambil bahan/objek yang telah disediakan oleh guru.
-          Murid menjalankan ujikaji dengan bimbingan guru untuk menguji kestabilan berdasarkan faktor keluasan tapak dan ketinggian.
-          Murid dikehendaki mencatatkan pemerhatian mereka dalam borang yang disediakan.
-          Setiap wakil kumpulan akan membuat pembentangan tentang hasil pemerhatian mereka dihadapan kelas.


Kaedah:
Ujikaji

Teknik:
Soal jawab
Pembentangan

BBM:
Kad tugasan
Sekeping papan nipis
Pensil
Marker pen
Botol air
Bekas makanan

KPS: Mengeksperimen
pemerhatian

KMS: Mengendalikan peralatan dengan betul

Nilai: Jujur


Aplikasi idea

( 8 minit )

Mengenalpasti pembolehubah:
-pembolehubah dimanipulasi
-pembolehubah bergerak balas
Pembolehubah dimalarkan

Permainan:
Menaiki basikal beroda 1

-          Guru memberikan lembaran kerja yang berkaitan tentang faktor kestabilan.
-          Mencari jawapan dan membuat perbincangan bersama. Guru memberikan bimbingan untuk mengenal pasti pemboleh ubah dalam soalan yang diberikan.
-          Murid diminta menyenaraikan beberapa benda dan situasi yang menggunakan aplikasi kestabilan.
Contohnya:
a.       Basikal roda 1 dan roda 3.
b.      Bayi yang masih merangkak

-          Guru menunjukkan sebuah basikal roda 1 dan meminta murid mencuba menaiki basikal tersebut tanpa jatuh. Murid yang berjaya akan diberikan ganjaran.
-          Guru memberikan peneguhan berdasarkan kebolehan murid menunggang basikal roda 1 tersebut.



Kaedah:
Soal jawab
Permaianan

Tenik:
Perbincangan


BBM:
Lembaran kerja
Basikal roda 1

KPS:
Mengawal pembolehubah

Nilai:
Berani mencuba
Kerjasama


Refleksi

( 2 minit )

Membuat rumusan

-          Murid membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.
-          Murid menyatakan  2 faktor kestabilan.
-          Guru memberikan bimbingan untuk memantapkan pemahaman murid tentang isi pelajaran pada hari ini.
-          Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai tugasan di rumah.


Kaedah:
Soal jawab

Nilai:  Teliti ,Tekun

ABM:
Lembaran kerja















UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PUSAT PENDIDIKAN LUAR

PERANCANGAN AWAL
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
KPD3016 & KPD3026
PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN
(JILID 1)

DISEDIAKAN OLEH:

NOR AZLINA BINTI AMIN









Mata pelajaran                                                    Sains
Tarikh                                                                    9 Mac 2011
Masa                                                                      8.15a.m – 9.15 a.m.  (60 minutes)
Tahun                                                                    4 Amanah
Bilangan murid                                                    29
Topik                                                                     Menyiasat Alam Bahan
Sub topic                                                               Sifat Bahan ( Bahan lut sinar dan bahan lut cahaya )

Objektif                                                                 Murid akan mengetahui tentang  keupayaan bahan membenarkan cahaya melaluinya

Objektif pembelajaran                                       Di akhir pembelajaran murid dapat
1)       Menyatakan sekurang-kurangnya 1 sifat bahan lut sinar dan 1 sifat bahan lut cahaya
2)       Menyatakan perbezaan diantara bahan lut sinar dengan bahan lut cahaya


Kemahiran Proses Sains                                     Pemerhatian, membanding beza, membuat hipotesis,

Kemahiran manipulative sains                         mengeksperimen, mengendalikan bahan dan radas   

Nilai murni                                                      jujur, berkerjasama

Bahan bantu mengajar                                    Bahan maujud botol plastik, botol kaca, plastic berwarna, plastic jernih
.











Fasa / masa

Isi kandungan

Aktiviti /Stretegi pengajaran

Catatan


Orientasi
(5 minutes)

Sifat bahan dikenalpasti berdasarkan kebolehan cahaya melaului bahan tersebut.
  • Lut cahaya
  • Lit sinar
  • Bahan legap

  • Guru meminta seorang murid melihat ikan di dalam sebuah akaurium.
  • Guru meminta murid mengira jumlah ikan yang terdapat di dalam akuarium dan menyatakan warna ikan tersebut.
  • Murid dapat menjawab soalan daripada guru kerana ikan di dalam akuarium itu dapat dilihat dengan jelas.
  • Guru meminta seorang murid keluar dari kelas dan berdiri dibelakang cermin tingkap.
  • Murid di dalam kelas cuba melihat muka murid tersebuat sama ada dapat dilihat dengan jelas ataupun tidak.
  • Murid tidak dapat melihat muka rakan mereka dengan jelas.
  • Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran pada hari ini.



Abm: akuarium ikan
Kps:  pemerhatian, ramalan
Nilai : berhati-hati, jujur







Pencetusan idea
(10 minutes)

Sesetengah objek dapat membenarkan hamper kesemua cahaya melaluinya, sesetengah objek hanya membenarkan sebahagian cahaya melaluinya manakala sebahagian objek lagi tidak membenarkan cahaya melaluinya.



  • Guru menunjukkan carta tentang sifat-sifat bahan. Bahan lut sinar, bahan lut cahaya dan bahan legap.
  • Guru bersoal jawab dengan murid tentang sifat bahan lut sinar dan bahan legap.
  • Guru memilih beberapa orang murid untuk menjawab soalan yang diberikan. Iaitu melengkapkan jadul pada papan putih.
  • Murid memilih gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru (kad imbasan) dan dilekatkan di papan putih pada ruangan  sifat bahan yang sesuai. Sama ada objek lut sinar atau lut cahaya.


Abm : carta, kad imbasan
KPS: memerhati,
KMS: melengkapkan carta (jadual)
Nilai: berani mencuba

Penstrukturan semula idea
( 25 minutes)

Bahan lut sinar – membenarkan hamper kesemua cahaya melaluinya.
Bahan lut cahaya – membenarkan sebahagian cahaya menembusinya


  • Murid menjalankan ujikaji untuk mengetahui sama ada bahan tersebut lut sinar atau lut cahaya.
  • Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
  • Setiap kumpulan diberikan botol plastic, botol kaca, plastik berwarna dan plastic jernih ( tidak berwarna )
  • Guru menyediakan jadual pemerhatian sama ada objek di dalam botol dapat dilihat dengan jelas atau kabur.
  • Guru meminta murid meletakkan satu objek di balakang plastik, dan membuat pemerhatian sama ada objek dibelakang plastik dapat dilihat dengan jelas atau kabur.
  • Semua pemerhatian dicatatkan.
  • Murid dan guru berbincang tentang pemerhatian yang diperolehi oleh setiap kumpulan.



ABM: botol plastic, botol kaca, plastic berwarna, plastic jernih, pensel, gula-gula
KPS: memerhati,
KMS: mengendalikan bahan
Nilai: kerjasama, berani mencuba,

Aplikasi idea 
(15 minutes)

Membuat banding beza di antara objek lut sinar da objek lut cahaya.
Berdasarkan pemerhatian yang dicatatkan murid membuat perbandingan di antara bahan lut sinar dan bahan legap.

·         Guru memberikan kertas kosong kepada murid dan dikehendaki membuat banding beza di antara sifat objek lut sinar dan sifat objek lut cahaya.
·         Murid membuat banding beza dengan menggunakan bentuk jadual.
·         Murid dikehendaki menyenaraikan beberapa jenis objek yang mempunyai sifat lut sinar dan lut cahaya.
·         Guru memilih beberapa orang murid untuk menunjukkan hasil kerja mereka dan membentangkannya di hadapan kelas.






ABM: kertas kosong
KPS: membanding beza, komunikasi, menjana idea, memerhati
Nilai: berani mencuba


Refleksi
(5 minutes)

Murid menjawab soalan
-       Lembaran kerja
-       Soalan bahagian B
Perbincangan bersama ahli kumpulan

·         Guru  memberikan lembaran kerja bagi semua murid.
·         Murid boleh membuat perbincangan bersama rakan dalam kumpulan mereka.
·         Guru menyoal semuala isi pelajaran pada semua murid berdasarkan pengajaran pada hari ini.






ABM: lembaran kerja



















Carta Pengajaran



BAHAN LUT SINAR

Bahan yang membenarkan hamper kesemua cahaya menembusinya

Objek dapat dilihat dengan JELAS melalui bahan lut sinar



BAHAN LUT CAHAYA

Bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya

Objek kelihatan KABUR melalui bahan lut cahaya


BAHAN LEGAP

Bahan yang tidak membenarkan cahaya melaluinya

Objek tidak kelihatan melalui objek leglap


CARTA PENGELASAN OBJEK


BAHAN LUT SINAR
BAHAN LUT CAHAYA


























JADUAL PERBEZAAN SIFAT BAHAN


SIFAT BAHAN LUT SINAR

SIFAT BAHAN LUT CAHAYA


Membenarkan hampir kesemua cahaya melaluinya


Membenarkan sebahagian cahaya melaluinya

Objek kelihatan jelas


Objek kelihatan kabur














Gambar ujikaji terhadap keupayaan bahan membenarkan cahaya melaluinya




                                               

                                    



                                    












Lembaran Kerja 1


1.    Senaraikan 3 contoh  bahan lut sinar dan bahan lut cahaya
Bahan lut sinar -  _____________________________
                            ______________________________
                            ______________________________

Bahan lut cahaya - ____________________________
                               ____________________________
                               ____________________________



2.    Nyatakan kegunaan bahan lut sinar dan bahan lut cahaya

Bahan lut sinar - ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Bahan lut cahaya - ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________




  

No comments:

Post a Comment