Matapelajaran: Sains Tahun 5
Tema: Menyiasat Dunia Teknologi
Topik: Kekuatan dan Kestabilan Struktur
Objektif pembelajaran:
Di akhir pembelajaran murid akan dapat
- Mengetahui bentuk-bentuk objek dalam struktur
- Memahami kekuatan dan kestabilan dalam struktur
Bentuk objek dalam Struktur
Apakah bentuk objek yang terdapat disekeliling kita?
- Binaan dibina berdasarkan beberapa bentuk asas. Antara bentuk asas ialah
- Berikut merupakan contoh binaan dengan bentuk-bentuk yang berbeza.
*
Bangunan KLCC (kon)
| *
Bangunan Komtar Pulau Pinang
(silinder)
| *
Bangunan Parlimen KL
(kuboid)
|
*
Menara Pisa
| *
Piramid Mesir (Piramid)
| *
Iglu ( hemisfera )
|
KEKUATAN DAN KESTABILAN STRUKTUR
DIFINISI KEKUATAN STRUKTUR :
- Keupayaan struktur untuk Manahan daya yang bertindak ke atasnya.
- Struktur yang kuat dapat menampung beban yang berat dan tidak mudah retak, pecah, patah atau runtuh.
- Kekuatan bergantung kepada
- Jenis bahan yang digunakan
- Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza. Contohnya, binaan daripada konkrit lebih kuat berbanding dengan kayu.
Rumah banglo ( bahan binaan : konkrit)
|
Rumah kayu ( bahan binaan : kayu )
|
- Saiz struktur
- Saiz struktur mestilah sepadan dengan beban yang ditanggungnya
- Bentuk struktur
- Struktur yang melengkung lebih kuat daripada bentuk struktur yang rata
Jambatan
|
Terowong
|
Gambar : Jambatan dan Terowong antara struktur yang dibina secara melengkung supaya lebih kuat
KESTABILAN STRUKTUR
DIFINISI KESTABILAN STRUKTUR :
- Struktur yang tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya ke atasnya
- Kestabilan sesuatu objek bergantung kepada
- Luas tapak
- Ketinggian
- Struktur lebih stabil sekiranya mempunyai luas tapak yang lebih besar
Basikal beroda tiga
|
Basikal beroda dua
|
Gambar : Basikal beroda tiga lebih stabil berbanding basikal beroda dua kerana basikal beroda tiga mempunyai luas tapak yang lebih luas berbanding basikal beroda dua
- Struktur juga lebih stabil sekiranya lebih rendah
Bas dua tingkat
|
Bas setingkat
|
- Objek yang lebih rendah adalah lebih stabil dibandingkan dengan objek yang lebih tinggi sekiranya luas tapak objek adalah sama
bagaimana mahu bina bangunan dengan menggunakan bentuk petak
ReplyDeletebosan
ReplyDeletefarish
ReplyDelete$$$$$$$
ReplyDelete!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteTerima kasih membagi ilmu !!! ^w^
ReplyDeleteboleh diam kah !!! Aku tau kau kelas akhir jadi diam
ReplyDeleteTak baik la
ReplyDeletetak ade maklumat yg sya nak:[ tapi awk yg berusaha pasti akna berjaya:] Aminnnn.
ReplyDelete